Pakej Honeymoon Private Tour 5H4M
Kami menawarkan pakej percutian melancong ke Korea untuk Pakej Honeymoon Private Tour 5H4M di mana kami bawa anda dan pasangan anda sahaja dengan harga yang berpatutan serta Tour Guide yang berpengalaman(melayu muslim yang fasih berbahasa Korea dan menetap di Korea).
Anda akan dapat lebih privasi dengan pasangan baru anda dan menikmati perlancongan yang tak kan dapat dilupakan. Boleh jalan slow-slow dan nak laju-laju pun boleh sebab kami bawa anda berdua sahaja. Nak ambil gambar banyak-banyak pun tak perlu risau mengenai orang lain. Menarik bukan?
Kenapa Pakej Kami Terbaik?
- Kami adalah private tour guide anda yang hanya akan menguruskan anda dan pasangan sahaja sepanjang trip di Korea. Oleh itu, anda dapat lebih privasi untuk mengenali pasangan anda sepanjang percutian di Korea.
- Tour Guide kami malaysian yang fasih berbahasa Korea untuk memudahkan urusan anda sepanjang di Korea nanti.
- Jadual perjalanan ke destinasi-destinasi menarik, pengangkutan, tiket masuk, makanan Halal, solat dan sebagainya akan kami uruskan.
- Percutian bersama kami juga lebih "flexible" bertemakan "free & easy".
- Anda tidak terikat dengan waktu dan tempoh percutian seperti travel agensi lain.
- Kami tidak melawat tempat-tempat 'paksa beli' seperti travel agensi lain.
- Malaysian Tour guide yang fasih berbahasa Korea
- Penginapan (Hotel 3 Bintang - Double Bedroom)
- Pengangkutan (Public: Seoul Metro Subway,Public Bus / Private: MPV, Bus )
- Makanan Halal (Lunch&Dinner- 7000won per meal)
- Tiket Masuk Tempat Lawatan
- Takaful Perjalanan
- Tiket Penerbangan Pergi Balik (Malaysia-Korea, Korea-Malaysia)
- Wang saku perbelanjaan peribadi.
Hari Pertama(Seoul)
- Tiba di Lapangan Terbang Incheon Korea- Pihak kami akan tunggu di Pintu Ketibaan.
- Bergerak ke tempat penginapan
- Melawat kawasan bersejarah di Bandar Seoul iaitu Gyeongbuk Palace. Di sini anda akan berpeluang melihat sendiri aktiviti perarakan pertukaran pegawai pengawal istana.
- Selepas makan tengahari, anda akan melawat Gwanghamun Square(Muzium King Sejong) seterusnya sungai di tengah bandar yang menjadi tarikan pelancong iaitu Chongae Stream.
- Solat Jamak Zohor dan Asar di surau yang disediakan Tourism Korea berdekatan dengan Chongae Stream.
- Makan malam dan pulang ke tempat penginapan.
- Bertolak ke Nami Island sekitar 9pagi.
- Sebuah pulau yang terkenal selepas drama Winter Sonata.
- Pulau ini terletak kira-kira 63km daripada Seoul.
- Makan tengahari serta Solat Jamak Zohor dan Asar di Pulau Nami dan aktiviti bersiar-siar di teruskan.
- Makan malam di Seoul dan pulang ke tempat penginapan.
- Aktiviti bermula pada jam seawal 9pagi. Anda akan dibawa untuk menikmati budaya dan gaya kehidupan di Korea
- Melihat sejarah Korea di Korean War National Museum
- Solat di Masjid Seoul dan makan makanan Halal Korea di restoran berdekatan.
- Namsan Hanok Village - Perkampungan di Bandar Korea
- Seoul Namsan Tour (*tidak termasuk kos lawatan)
- Aktiviti bermula pada jam seawal 9pagi. Anda akan dibawa untuk membeli-belah di Bandar Seoul.
- Namdaemun Market - brooch, souviner
- Myeongdong Fashion Street - Shopping Street
- Gwangjang Market
- Dongdaemun Market/Plaza
- Makan malam dan pulang ke tempat penginapan.
- Selepas sarapan, check out hotel.
- Anda akan berangkat ke Lapangan Terbang Incheon Korea 4 jam sebelum waktu penerbangan anda.
Anda ada group lebih dari 4 Orang? Kami suggestkan anda untuk ambil Pakej Private Tour kerana anda dapat nikmati berjalan bersama kumpulan anda sahaja!
Lihat link di bawah untuk pakej-pakej Private Tour.
Pakej2Korea Private Tour - 4H3M
Pakej2Korea Private Tour - 5H4M
Pakej2Korea Private Tou - 6H5M