Tempat-tempat Menarik Di Korea

1. Gyeongbok Palace(경복궁)


Palace ini merupakan istana utama pada era Dinasti Joseon. Kedudukannya terlindung dengan gunung-ganang di utara, dan Sungai Han di selatan. Istana ini telah berdiri sejak tahun ~1395 (lebih awal dari Kesultanan Melayu Melaka) dan sangat besar. Anda boleh luangkan masa berjam-jam lamanya berjalan untuk melawat semua lokasi di dalam istana ini. Gyeongbokgung Palace menjadi simbol patriotik dan semangat jitu masyarakat Korea Selatan.
  • Address : 161, Sajik-ro, Jongno-gu, Seoul
  • Homepage : royalpalace.go.kr (Korean, English

2. Gwanghwamun Square(광화문광장)



Jika anda peminat drama City Hunter, Gwanghamun Square adalah lokasi wajib untuk dikunjungi. Di sinilah hero dan heroin City Hunter bertemu untuk pertama kali ~
Anda akan melihat Tugu peringatan King Saejong The Great di tengah-tengah Gwanghamun Square. Ada juga muzium peringatan King Saejong dan Laksamana Yi Sun Shin di sana

3. King Sejong Story(세종이야기)


Menurut sejarah korea, Raja Ke-4 pada zaman Dinasti Joseon ialah Raja Sejong (1397-1450). Raja Sejong adalah yang raja yang paling banyak menyumbang ke arah pembangunan negara korea dengan idea-idea menakjubkan.
Antara kejayaan besar Raja Sejong ialah mencipta sistem huruf korea yang dipanggil sebagai Hangeul yang digunapakai oleh seluruh rakyat korea hingga hari ini. Selain itu juga pada zaman pemerintahan Raja Sejong juga negara korea berkembang pesat dalam bidang sains, politik, seni dan kebudayaan.
Di Gwanghwamun Square ini berdirinya sebuah statue berwajahkan Raja Sejong yang mana dibelakangnya terdapat sebuah Exhibition Hall menceritakan tentang beliau dan kontribusinya kepada perkembangan negara korea.

4. CheongyeStream(청계천)



Sungai ini pada asalnya hanyalah sebuah laluan air kecil tersembunyi di bawah laluan jalan utama yang kemudiannya telah dibuka semula pada tahun 2005 dengan diubai suai menjadi antara sungai paling menarik di tengah-tengah bandar Seoul.

Hingga pada hari ini Sungai Cheonggye adalah antara pitstop yang terbaik untuk berehat sebentar setelah meronda bandar seoul dan istana gyeongbok di sebelahnya. Perayaan lantern juga akan dilakukan di sini setiap tahun selain meraikan juga perayaan-perayaan kecil yang lain

5. Nami Island(남이섬)


Pulau Nami adalah hasil daripada pembinaan Empangan Cheongpyeong. Bentuk pulau ini seperti separuh bulan, dan di atas pulau inilah terdapat makam General Nami seorang General yang berjaya meredakan pemberontakan besar pada tahun ke-3 pemerintahan King Sejo, Raja ke-7 pada zaman Dinasti Joseon (1455-1468)


Pulau Nami pada hari ini menjadi tempat wajib para pelancong akan berkunjung kerana kecantikan pulau yang penuh dengan pokok-pokok sepanjang laluan. Pada musim sejuk juga pulau nami menjadi tempat lawatan kegemaran ramai kerana mepunyai tasik beku di tengah-tengah pulau yang amat menenangkan.

6. Namsangol Hanok Village(남산골한옥마을)


Namsan adalah gunung yang berada di tengah-tengah kota metropolitan Seoul. Terdapat banyak lokasi menarik di sekitar lokasi ini seperti Namsagol Hanok Village dan Seoul Time Capsule.
Namsagol Hanok Village ialah perkampungan tradisi masyarakat Korea, dan Seoul Time Capsule pula adalah batu yang terdapat ukiran sesuatu di atasnya (tak ada orang tahu). Kena tunggu 1000 tahun lagi baru akan digali semula ~

Untuk sampai ke puncak Namsan, anda boleh berjalan (><) jika anda suka hiking, naik bas, ataupun cabel car.

7. War Memorial of Korea(전쟁기념관)


War Memorial of Korea ialah sebuah muzium yang menyimpan hampir semua peralatan, kenderaan, dan pameran kisah-kisah peperangan di korea dari awal. Muzium ini terletak di tengah bandar Seoul dan dibina untuk memberi penghormatan kepada para pejuang negara yang terkorban semasa peperangan.

.
Muzium ini mempunyai hampir lebih daripada 33,000 artifak dan lebih kurang 10,000 pameran tentang peperangan yang disediakan di dalam dan luar bangunan

8. Itaewon - Seoul Mosque (서울사원)


Masjid Seoul ini ialah satu-satunya masjid yang terdapat di Seoul, terletak di Hannam-dong, Yongsan-Gu, Seoul. Masjid ini ialah masjid pertama umat islam di Korea dan pembinaannya bermula pada tahun 1974 di atas sebuah tanah berukuran 5000 sqft.


Tanah itu telah didermakan dari Kerajaan Korea dan di biayai oleh negara-negara islam yang lain serata dunia. Akhirnya masjid ini berjaya disiapkan pada 21 Mei 1976 (2 tahun selepasnya) dan berdiri teguh hingga ke hari ini. Masjid ini terletak di tengah-tengah antara Hangang River dan Namsan Tower

9. Seoul Namsan Tower(서울타워)


Di sinilah lokasi tower yang menjadi mercu tanda Seoul. Di puncak tower ini ada restoran dan lokasi bersantai untuk melihat Seoul dari puncak. Paling popular ialah Love Pad Lock, simbolik percintaan yang terpahat di Gunung Namsan

Terdapat 3 cara untuk naik ke Seoul tower. Mendaki sendiri menggunakan tangga yang siap dibina, menaiki kabel kar, atau menaiki bas. Jadi yang mana satu pilihan anda??

10. Everland(에브랜드)


Taman tema Everland Resort dibuka pada tahun 1976 sebagai pusat taman tema keluarga yang pertama di korea. Nama asalnya ialah Yongin Jayeon Nongwon, ditukar kepada Everland untuk lebih mudah dikenali pelancong luar negara.

Terdapat lebih 40 jenis rides dan juga Safari World yang mempamerkan The White Tiger beserta haiwan-haiwan liar yang lain. Antara elemen baru yang di buka ialah "Lost Valley" pada tahun 2003 di mana pengunjung berpeluang melihat haiwan liar safari seperti zirafah, gajah dan harimau putih dengan lebih dekat lagi 

11. Lotte World(롯데월드)


Lotte World adalah antara satu taman tema terbesar di korea, mempamerkan tema fantasi wonderland yang terletak di tengah-tengah bandar seoul. Lotte World mempunyai rides di kawasan dalam bangunan dan mempunyai indoor ice rink yang banyak menarik pengunjung serata dunia.  

Dianggarkan lebih 6juta pengunjung akan ke Lotte World sepanjang tahun dan 10% daripadanya adalah pengunjung dari luar negara. Kelebihan Lotte World yang berkonsepkan taman tema indoor dan outdoor menarik penjunjung berkunjung ke sini tak kira musim, dan sepanjang tahun

12. Namdaemun Market(남대문시장)


Namdaemun market adalah pasar traditional terbesar di korea dengan pelbagai barang jualan termasuk makanan, pakaian, dan cenderahati. Pasar ini dibuka pada tahun 1964 dan mempunyai 4 pintu masuk utama, utara selatan barat dan timur

.
Hampir semua pengunjung sedunia membeli cenderahati dan makanan kering untuk dibawa pulang di pasar ini kerana rata-rata penjualnya mesra alam, pandai berbahasa asing dan menawarkan harga murah dari kedai-kedai lain


13. Myeondong(명동)


Myeongdong adalah syurga fesyen dan kosmetik di Seoul. Dianggarkan lebih 1juta pelawat ke sini setiap hari, jadi pastikan anda hadir dengan orang yang experience ke kawasan ini. Terdapat banyak kedai baju, skincare dan kosmetik, indoor dan outdoor ~
  • Address : Myeongdong-gil, Jung-gu, Seoul
  • Homepage :  tour.junggu.seoul.kr (Korean, English, Japanese, Chinese)

14. Gwajang Market(광장시장)


Pasar Gwangjang adalah pasar pertama rakyat korea dan masih berterusan menjadi antara pasar terkenal di kalangan pengunjung pada hari ini. Selain insa-dong dan pasar namdaemun, pasar gwangjang ini banyak menjual kain-kain traditional korea termasuk satin korea, alat-alat menjahit dan apa-apa barang berkaitan pakaian. 

Pasar ini juga adalah pasar terbesar yang menjual segala keperluan bantal, bilik tidur, dan pakaian di korea.

15. Dongdaemun Design Plaza(동대문디자인플라자)


Dongdaemun Design Plaza (DDP) adalah bangunan yang terbina daripada gabungan separuh bangunan tradisi, dan separuh lagi bangunan moden. Di dalam bangunan ini terdapat galeri plan pembinaan Seoul Fortress, Igansumun Water Gate (pintu air daripada Gunung Namsan ke Sungai Cheonggye dan Seoul Fotress), Dewan Sejarah Dongdaemun, Dewan Sukan Dongdaemun dan Dewan untuk Majlis.

DDP ini terletak di sebelah pasar Dongdaemun dan pelawat dibenarkan memasukinya pada bila-bila masa.

16. Insadong(인사동)


Insadong adalah syurga hadiah dan cenderamata di Seoul. Anda boleh dapatkan buah tangan seperti gelang, rantai, dan lain-lain di sini. Pastikan anda ada rakan fasih berbahasa Korea, jimat sebab dapat tawar menawar !
Jika anda bernasib baik, anda dapat melihat persembahan-persembahan kebudayaan di sini.
  • Address : 62, Insadong-gil, Jongno-gu, Seoul
  • Homepage : www.insainfo.or.kr (Korean only)

17. Hangang River Ferry Cruise(이랜드크루즈 (한강유람선)


Untuk menikmati pemandangan terbaik sepanjang Sungai terbesar di korea iaitu Hangang River, pelancong boleh menaiki Cruise feri yang akan berlayar di sepanjang sungai merentas korea.

Disamping melihat pemandangan bangunan-bangunan di sekeliling, penumpang juga berpeluang menikmati pemandangan pulau-pulau kecil, Namsan Seoul Tower di atas bukit, Jeoldusan Park, dan bangunan mercu tanda negara korea yang lain

18. Korean Folk Minsok Village(한국민속촌)


Keluasan tapak Kampung Tradisi Folk ini ialah seluas 243 ekar besarnya. Para pelancong boleh menikmati pemandangan traditional kampung negara korea dengan lebih 260 rumah traditional sejak dari zaman Dinasti Joseon. Semua peralatan, bangunan dan keadaan kawasan kampung dipelihara untuk menjadi pameran kepada para pengunjung dari serata dunia

Di sinilah pelancong boleh belajar tentang makanan traditional korea, pakaian traditional, dan budaya hidup mereka pada zaman awal dahulu.

19. 63 Building(63빌딩)


63 building ialah bangunan mercu tanda tertinggi dan paling terkenal di negara korea dengan keseluruhan 63 tingkat berukuran 264 meter. 
Pemandangan Sungai Hangang juga dapat dilihat paling jelas di bangunan 63 ini


20. Bukchon Folk Village(북촌한옥마을)


Kampung traditional Bukchon ini adalah kawasan kampung yang dikelilingi oleh Istana Gyeongbok, Istana Changdeok dan Jongmyo, Kampung Bukchon ialah binaan ratusan rumah traditional yang dipanggil sebagai 'hanok' di zaman Dinasti Joseon.

Gelaran 'Bukchon' pula ditterjemahkan kepada 'kampung utara' berkenaan kedudukan kampung tersebut yang terletak di bahagian utara pada 2 mercu tanda terkenal Seoul, iaitu Sungai Cheonggye dan Jongno. Kini kampung ini tidak lagi berpenghuni sebaliknya dijadikan sebagai Pusat Budaya, Guesthouse, Restoran dan rumah teh. Para pelancong boleh mendapat pengalaman sekaligus belajar tentang kebudayaan dan tradisi korea pada zaman dahulu.

21. Mount Seorak(설악산)


Gunung ini dipanggil Seorak ('Seol' daripada salji, 'Ak' daripada 'Gunung yang besar) disebabkan salji yang melekat di batu-batu gunung ini akan kekal untuk tempoh masa yang agak panjang menjadikan gunung ini sentiasa berwarna putih., atau nama lainnya juga sebagai Seolsan dan Seolbongsan.

Pada November 1965, daerah Gunung Seorak ini telah dikecualikan sebagai Pusat Pemuliharaan Monumen Semulajadi negara. Pada Disember 1973 pula, gunung ini dijadikan kawasan Taman Pemuliharaan dan akhirnya pada Ogos 1982, gunung ini dipilih UNESCO sebagai Pusat Pemuliharaan Biosphere.

22. Seokcho Beach(속초해변)



Pulau Sokcho mempunyai luas sebesar (450m panjang, 45-80m lebar, dan ketumpatan lebih kurang 1m dalam). Jarak perjalanan dari pantai ke Sokcho Express Terminal Bas ialah lebih kurang 500m. Pemandangan air yang jernih dengan warna pantainya yang putih telah memikat hati para pelancong untuk tidak lepaskan peluang menikmati pemandangan pantai ini.

Kemudahan transport ke pantai juga membuatkan para pengunjung gemar ke pantai Sokcho berulang kali dalam setahun, terutamanya pada musim panas dan musim bunga. Selain itu, pantai ini juga berada sangat dekat dengan Gunung Seorak memudahkan pendaki berehat di pantai setelah mendaki gunung yang tinggi.
Pantai Sokcho yang berwarna putih terbentang luas sejauh 2km ke arah Cheongho-dong, Joyang-dong dan Daepo dong. Pantai ini dibuka kepada penduduk awam dan semakin ramai pengunjung berkunjung ke sini dari masa ke semasa kerana ingin menikmati kecantikan dan kualiti pasir pantainya yang berwarna putih  

23. Haeundae Beach(해운대해수욕장)

 
Haeundae Beach (해운대해수욕장) atau Pantai Haeundae adalah antara pantai yang paling terkenal di negara korea. Pada tahun 857 seorang pelajar daripada Kerajaan Silla (BC 57~AD 935) bernama Choi Chi-Won menamakannya sebagai "Haeundae" dengan mengukirnya di sebuah dinding batu pulau ini ketika sedang berjalan melepas Pulau Dongbaekdo. 
Beliau memilih nama "Hae Un Dae" kerana terpesona dengan kecantikan pantai ini
Haeundae mempunyai 1.5 km panjang, 30~50m luas, dan luas permukaan 58,400㎡. Pasir pantainya yang putih mempunyai struktur melekit dan mudah melekat pada baju dan kulit berjaya menarik perhatian orang ramai