12 Travel Tips For South Korea!

 

1. Tiket flight beli masa murah

Pertama sekali, haruslah rajin mengupdate harga harga promosi tiket kapal terbang ke Korea Selatan. Bermula dari AirAsia sehinggalah ke MAS, pilihan terletak di tangan anda.
Untuk anda yang ingin travel ke Seoul, jangan tersalah beli flight ke Busan. Busan jaraknya dari Seoul sejauh 325 km! Melainkan jika anda ingin travel ke Busan, anda boleh berbuat demikian. Ingat, beli tiket mendarat di Incheon Airport untuk travel di Seoul!


 

2. Rehat dan stamina

Korea Selatan merupakan negara berbukit bukau dan anda sememangnya memerlukan stamina tinggi untuk melancong dan bersiar siar di kotaraya Seoul. Jangan terkejut kalau naik tangga tak sampai sampai atas!
Pastikan anda mendapat rehat secukupnya kerana anda memerlukan tenaga seharian untuk trip anda.


 

3. Adapter Plug 2 Pin

Korea menggunakan plug 2 pin dan voltan sebanyak 220v jadi pastikan anda membawa bersama adapter. Jika lupa, jangan risau, anda boleh membelinya di lapangan terbang cuma harganya sedikit mahal.
Boleh beli siap2 di kedai electronik atau di kedai DIY dan harga pun tak berapa mahal sangat berbanding dengan sengsaranya nanti di Korea kerana tak dapat charge handphone.



 

4. Pocket Wifi

Kami yakin korang semua jenis yang tak pernah lekang dari smartphone. Jangan risau, internet Korea Selatan adalah antara yang terlaju di dunia. Bagaimana hendak mendapatkan internet?
Kebanyakkan hotel, guesthouse, hostel menyediakan kemudahan WiFi dan jika anda inginkan WiFI sepanjang trip anda, anda boleh menyewa pocket WiFi dengan harga berpatutan. Cuma pastikan ada kad kredit bersama anda.
Kebanyakkan kedai kopi di Korea juga menyediakan wifi jadi anda bolehlah update gambar banyak banyak di Instagram, Facebook dan Twitter!


 

5. Waktu Solat

Melancong melancong juga, solat jangan dilupa. Pastikan anda sentiasa alert dengan perubahan waktu solat. Di Seoul, anda boleh singgah solat di Masjid Besar Itaewon ataupun di surau di bangunan Korea Tourism Organization terletak di Chongyecheon Stream.
Jika tidak menjadi masalah bagi anda, boleh saja mencari tempat lapang dan bersih untuk solat. Sekarang ni pun sudah banyak ada apps di smartphone untuk check jadual solat.
Boleh tengok tempat-tempat solat di sini.


 

6. Nasi segera

Ada juga yang tidak dapat telan makanan Korea. Maklumlah tekak sejati Malaysian. Jangan risau, anda boleh membeli nasi segera di kedai kedai seperti GS25 ataupun 7E.
Ada juga pilihan tuna yang boleh dibeli bersama nasi segera. Paling kurang pun kalau tak boleh lekang dengan sambal tu bawak je sekali masuk beg hehe.


 

7. Subway

Subway merupakan metod utama pengangkutan di Seoul. Ada lebih kurang 9 line utama dan beberapa line lain yang menjadi nadi masyarakat Korea.
Kemungkinan untuk sesat dan terlepas train mungkin berlaku jadi kaji dahulu peta subway dengan memuat turun aplikasi subway Korea di smartphone anda.
Jangan risau, subway Korea sangat cepat dan menepati masa.



 

8. 4 Musim

Korea ialah negara empat musim, pastikan anda sentiasa update dengan keadaan cuaca di sini supaya tidaklah membawa pakaian nipis ketika musim sejuk!
Musim Sejuk - Disember sehingga Februari. Biasanya suhu di bawah ZERO iaitu takat beku! Korea memang ada salji, so siapa yang minat salji dan ingin dapatkan pengalaman main ski atau snowboard, boleh la pergi masa musim sejuk.
Musim Bunga - Mac sehingga Mei. Cuaca tak sejuk sangat dan tidak panas. Sangat sesuai untuk melancong bagi yang minat bunga sakura dan bergambar macam dalam drama Korea.
Musim Panas - Jun sehingga Ogos. Panas juga lah musim panas ni tapi tak sepanas dekat Malaysia. Kena pastikan sentiasa bawa air dan waktu siang pun lebih panjang. Subuh dalam pukul  3:30-4pagi. Maghrib pula pukul 8malam macam tu.
Musim Luruh - September sehingga November. Suhu musim luruh ni lebih kurang suhu musim bunga. Tak panas sangat dan tak sejuk sangat. Sangat sesuai juga la nak jalan-jalan masa ni. Scenery pun cantik sebab daun-daun da tukar jadi warna oren.


 

9. Budaya Korea

Masuk kandang kambing mengembik, masuk kandang kerbau menguak. Kaji terlebih dahulu budaya masyarakat Korea supaya kita tidak menyinggung mereka.
Jangan jadi ignorant dengan melanggar segala kebiasaan masyarakat Korea. Kitakan masyarakat berbudi bahasa berpekerti mulia hihi
Antaranya tempat duduk di subway bahagian oku dan orang tua, walau tak ada orang tua dan oku sekalipun, kita tak dibenarkan duduk di situ. Memang orang Korea akan pandang pelik la kalau kita duduk kat situ juga hehe.
Nanti kalau rajin, kami akan tulis berkenaan budaya-budaya orang Korea.


 

10. Botol Air

Jangan terkejut, tandas Korea memang tiada paip air. Jadi penting ya untuk bawa botol kecil ataupun tisu basah bersama anda!

 

11. Travel Insurance

Moga moga dijauhkan dari segala perkara yang tidak diingini. Amin. Apa pun, sediakan payung sebelum hujan!
Bagi yang ada personal insurance biasanya cover juga untuk travel dan yang memang tak ada personal insurance boleh amek travel insurance. Tak la mahal mana dan kami survey-survey sekitar RM20-30 je kot untuk seorang.
Tapi mana travel insurance ni memang tak dapat cover on the spot. so kena pakai duit sendiri dahulu dan bila balik Malaysia baru claim.
Boleh lihat contoh travel insurance di sini.


 

12. Rancang Trip

Paling penting rancang perjalanan anda supaya tidak kelam kabut. Passport? Keperluan visa? Tiket? Penginapan?
Pastikan semua OK.
Untuk lebih mudah, boleh ambil pakej dari kami dan kami uruskan trip anda. ^_^